Powered By Blogger

Tuesday, December 28, 2010

Kembara Teluk Batik

Dah lama aku tak buka blog aku nie ish rasa malas lak nak tulis tentang peristiwa yang berlaku pada diri aku sepanjang x-mas yang lps..buat kata orang melayu alang2 menyelup pekasam biar ke pangkal lengan. aku bergerak menuju ke bandaraya kelahiran aku pada 24/12/2010 pada sebelah tengah hari selepas menjahit kasut aku yang koyak. Perjalanan yang amat smooth dan tiba di ipoh jam 3 petang sampai di medan gopeng baru sahaja hendak menuju ke ruamh ibuku hujan lebat tak jadi la aku nak gerak. menunggu salah seorang rider dari ipoh, akhirnya dia muncul hujan reda sahaja kita orang gerak. Hati ku menelefon aku dan bertanyakan apa yang berlaku aku pun memberitahu segalanya. secara tiba2 hatiku melenting mengatakan aku curang tak tentu pasal ahh aku malas nak melayan tapi kena sebab aku sygkan dia. tapi makin di layan makin kuat tuduhannya terhadap aku. aku melenting sehingga terucap benda yang aku tak nak ucap. alamak aku ada hal la kejap nnt aku sambung kembali mencerita apa yang berlaku

Saturday, December 18, 2010

PC siot jer

Sedang asyik aku mengadap PC di depan mataku teringatkan asignment aku ish banyak la pulak, hatiku pula sedap jer baring sambil dengar lagu queen. Teringat aku pada sesuatu yang jadi pada aku 1 minggu yang lepas. aku tgh pening nak buat kerja editing aku sampai kerja ku pun x pergi. secara2 tiba papaku memberitahu ada satu PC yang kerajaan nak lupus upgrade jer. aku pun setuju ish tanpa pikir panjang aku lihat PC itu zaman P4 macam mana nak buat ni. budjet ada RM 350 boleh buat apa kau pun kerja senang jer beli ram DDR 1, graphic card, sound card, dvd dan firewire card. dah siap semua beli apa lagi pasang la macam terer tapi bole la aku pasangnya. dah habis pasang on berjaya di gunakan tapi bila aku nak install tiba satu tetingkap muncul (translate dari bahasa org puteh ke melayu) "sila gunakan windows xp sp2 keatas". siot jer. aku pun apa lagi bersiap pasang balik semua benda yang berbogel dan bergerak dari Bilik sejuk ke rumah dgn kuda aku. jalan pulak tgh sesak org kiri kanan tgk aku bawak pc atas kuda aku. apa yang bole aku berdoa hanya jangan hujan. dalam perjalanan aku kena singgah ambik kamera nak buat capture utk editing. tiba di rumah hatiku sudah pun ada dalam umah dgn senyum menyambut aku pulang hehehe sukanya aku. apa lagi proses pasang computer. lupa lak beli mouse cet sebab aku rasa ada org buang kotak dalam bilik masa bilik ini hendak di kemas. aku keluar sekali lagi membeli tetikus dan barang lembut untuk PC ni. sampai kat Curve yang ada tetikus jer. esok jer la aku beli software. esok pegi sungai wang, galaxy ampang beli software lupa lak aku ada ps2 yang rosak ambik kat kedai dah sampai umah aku pun apa lagi install la semua lepas tu aku pun buat la kerja cit tak bole pakai lak adobe primere pro nie sangkut2. apa lagi online la. Hatiku balik dari kerja kemudian wah ini yang paling best hati ku mengamuk sebab aku lupa buang sampah dan basuh pingan mangkok. sampai menangis la dia aku kesian jugak. tapi ego aku kata bior la aku nak siap kan kerja aku nie.malam tu aku tak bercakap dgn hati aku mmg la aku sedih dan rasa bersalah.

pengajaran:
jangan lukakan hati orang kita sayang kerana pentingkan kerja dan jangan lupa buang sampah.

P/s
proses mensetup PC nie mengambil masa lebih kurang 4 hari semalam baru siap hehe

hari sabtu

AHHH dari semalam aku tak tidor. Hatiku bila celik jer mata cari aku nak peluk begitu manja dia dengan aku. setelah peluk mandi hendak keluar ambik kereta. sebut pasal kereta, pemandu sekarang nie semua nya "sangat pandai" nak masuk kiri pun tak bagi signal lepas tu berlanggar salahkan org. ceh! tapi kalu di lihat pemandu wanitalagi kurang asamnya dari lelaki mungkin taraf kesabarannya kot. esok makan kenduri, terpikir sejenak kos utk buat kenduri kawin sekarang makin naik hasil dari harga barang yang naik kalu dulu RM 2000 dah cukup tapi skrg kalu banyak tu habuk pun tak payah. tiga hari lepas tak silap kita di gemparkan dgn berita hangat yang mana adik beradik lelaki berumur bawah 12 tahun bole melakukan aksi ranjang. yang pelik nya siap bole sewa motel. lepas kita sibuk dgn pendidikan seks pada peringkat umur ini, kerajaan tak payah la buat lagi parah nnt. Xmas nak dekat tapi yang sibuk berpesta org kita teruk tul. malam semalam aku lepak dgn LOSTarian di jalan DOresami kat restoran kasim bajet nak makan sup kambing tapi dapat belanja mata. betapa kesianya aku tengok anak muda skrg nie minum mabuk semua ada. pakai pakaian yang membuat kan aku rasa nak ish susah nak cakap tapi ini lah hakikat. sebelum lepak kat situ kita org menikmati jalan bukit bintang sedang asyik lepak sambil mengepau rokok member, pakcik teksi menceritakan tetang pengalamannya. yang bestnya pakcik nie bole dapat RM 3000 dari tokey arab sekali hantar pegi LCCT sebab dia pakai meter. rupa2nya masalah tak pakai meter nie masih ada, teringat pulak bila hatiku cerita nak balik umah dari the curve dah jadi RM 10 tak pakai meter alasan yang di beri adalah dekat tak berbaloi. ingatlah pemandu teksi bahawa kerajaan dah buat peraturan. aku jugak lihat kelagat pemandu teksi melayu muda yang cuba menayat awek melayu mabuk kat doresami semalam gila tetek tul la mamat tu. leka aku mendengar cerita pakcik teksi tu dtg la pulak mamat somalia kurus kering tak cukup zat, tapi mengaku businessman la apa layan jer la mamat nie lepas tu tiba2 pau member aku rokok sebatang tergelak aku. dalam perjalanan balik ke rumah ada lak excident kat lrt bandaraya. kereta terjun sungai terbalik ish kesian. secara tiba2 member aku bercerita pasal nombor ekor heheh tergelak aku dengar rupanya taik nombor nie banyak cara nak tikam heheh semua ambik kira. setakat sini sahaja nak tengok karton kat disney chanel hehe layan la video ini dari robot asmara libera vs noda..hayati lirik nya

Sunday, December 5, 2010

Hari Isnin

Malam semalam Hatiku dan aku bergaduh bermasam muka sebab kecik. entah la aku tak tahu nak cakap apa mmg dia yang menang. bangun pagi hatiku muntah. aku naik risau. hari ini pegi kelas ada presentation. aku pergi ke bilik ayah ku mengambil pakaian dan ke kolej cit aku ingat aku jer pelik tapi kawan aku pulak pakai baju kurung. yang bestnya dia nie laki geak besar kita org. first group present tapi out sebab meleret and tak prepare. turn aku lak mula2 sir Meor nak cancel tapi setelah pujuk dia bagi, dapat pujian kumpulan terbaik. best. tapi hari nie aku kena kerja..sampai sini sahaja esok maybe ada lagi cerita

Saturday, December 4, 2010

selamat pagi alam

Pada awal pagi, aku mencelikkan mata terlihat hati ku sedang nyeyak tidur. Dalam fikiran aku terpikir tentang masalah, harga minyak dan gula naik. Tapi ini semua sudah dijangkakan kerana kita hanya mengikut harga minyak semasa. Buat masyarakat Malaysia sedarlah bahawa harga minyak negara kita ini masih murah berbanding dengan Thailand dan Indonesia. Teringat pula tentang kerja yang hendak di buat tapi ahh malasnya ingat nak bersama hatiku di rumah. Hatiku bangun terus membuka peti televison dan menekan ke saluran 391 astro. Lagi la aku rasa macam ish malas nak cakap. Aku pun pack barang dan pegi buat kerja lagi bagus. Kenapa orang Malaysia sekarang suka tgk cerika korea?? bagi la pendapat. Dalam perjalanan aku terlihat sepanduk menyatakan mahu berarak ke Istana Negara bersama MB selangor kerana harga air naik. Ini aku tak gemor. Masa jadi MB dulu janji air free semua kemudian bila harga air naik mula kelam kabut. Aku rasa la kerajaan selangor dah tak cukup duit. Dalam perjalanan aku terpikir kenapa ada perempuan bila kenal ramai orang yang "besar2" mula nak berlagak tahu segalanya dan selalu mendrop org yand dia rasa tak layak untuk sembang atau bercakap dgn dia? aku rasa orang perempuan zaman sekarang kalu hidup zaman jepun dulu dah ramai kena pancung sebab cakap lebih sangat. Tapi memang tak nafi la ada perempuan yang pakar dalam satu bidang tu tapi yang ini kepakaran pun tak ada ish buat kata habuk pun tak ada. ish malas nak teruskan lagi aku rasa kalu terus karang ramai terasa. sedang leka terpikir baru teringat rokok terlupa beli, cakap pasal rokok dgr cerita akan naik lagi. kali nie lagi hebat mungkin mencecah RM 15 sekotak dan nak sama dgn Hong Kong dan Singapura. Alamatnya ada yang jadi mat indon isap keretek. terbelek Kosmo pagi tadi berita utama Sanggup menculik nak bayar hutang along. pergh!!!!!! pedih tengok tajuk tu. harap la aku tak jadi macam tu. mata makin lama makin kuyu dengar alunan merdu suara mizz nina dan noh dalam lagu Kurnia nak jer aku tidur tapi teringat lak Hati kat umah ish aku sayang gila dia...Kurnia