Powered By Blogger

Sunday, August 28, 2011

Aidilfitri menjelang tiba

Salam,

sudah lama aku tidak menulis blog ini. skrg aku sibuk dgn penggambaran dan promo filem LEFTWINGS. sedar x sedar dah cukup sebulan kita berpuasa. banyak kenangan masa bulan pose nie. syukur aku kepada-Nya kerana memberikan aku peluang kedua untuk berjaya. skrg aku di kampung halaman esok nak raya dah so nak tidur la.....karang nak sahur dgn bonda hehehehe

Tuesday, June 28, 2011

When A Man Loves Woman

When a man loves a woman
Can't keep his mind on nothing else
He'll trade the world
For the good thing he's found
If she's bad he can't see it
She can do no wrong
Turn his back on his best friend
If he put her down

When a man loves a woman
Spend his very last dime
Tryin' to hold on to what he needs
He'd give up all his comfort
Sleep out in the rain
If she said that's the way it ought to be

Well, this man loves a woman
I gave you everything I had
Tryin' to hold on to your precious love
Baby, please don't treat me bad

When a man loves a woman
Down deep in his soul
She can bring him such misery
If she plays him for a fool
He's the last one to know
Lovin' eyes can't ever see

When a man loves a woman
He can do no wrong
He can never own some other girl
Yes when a man loves a woman
I know exactly how he feels
'Cause baby, baby, baby, you're my world

When a man loves a woman.....








P/S: ada ker laki yang macam nie lagi 

Sunday, June 26, 2011

Ep2

Romi memasuki kedai pizza terbabit, hanya ada 6 hingga 7 dan 2 buah mesin wang dihadapannya. Menyaksikan kelibat orang kota sedang asyik membuat pesanan. Romi di sapa seorang gadis yang bertanyakan tentang pesanan. Jaki keluar dari pejabat restoran tersebut bersama seorang yang perasan handsome dan memperkenalkan dirinya sebagai Roy Restoran Manager.

Malam hari di kota raya yang sungguh indah, deruan enjin kereta dan moto kedengaran, suasana hingar bingar manusia memunuhi seluruh kota raya. Romi keluar bersama Jaki, mencari apa yang bole dibuat pada malam minggu sungguhnya minggu depan tidak boleh begini lagi. Kutu rempit memunuhi Dataran Merdeka seolah-olah ada pesta di situ. Romi dan Jaki memakir moto di seberang jalan sambil melihat kutu rempit memamirkan aksi panas. Terbakar hati beliau mendengar deruman enjin moto disitu. Tanpa membuang masa, Romi pun turut serta. Jaguh kampung ini berjaya menuju lagaknya, secara tiba-tiba siren kereta polis memecahkan suasana kerinagan Romi. Pantas Romi dan Jaki meninggalkan Dataran Merdeka.

Hari Isnin, hari pertama Romi berkeja sebagai penghantar pizza. Seperti biasa Roy memperkenalkan staf-sataf di restoran itu. Roy juga memberitahu tentang undang-undang berkerja di tempatnya. Tiada terlibat dengan aktiviti merempit.Romi terkedu dan menjadi buntu hobinya di sekat kerana kerja.


P/s episod 3 (tak ada idea nak tulis panjang2)

Thursday, June 23, 2011

Pasukan Penghantar Pizza ep 1



Romi merupakan seorang mat rempit yang bakal mengabiskan beras dan harta mak bapaknya jika dia meneruskan aktiviti merempit. Setelah menyedari tindakan anak mereka si Romi akan mengabiskan harta mereka dengan segera mereka meletakkan tanggung jawab hutang motor dan menendang Romi keluar dari rumah mereka dengan berharap Romi akan berubah. Romi meninggalkan rumahnya lalu menuju ke Kuala Lumpur, air matanya masih melekat di pipi dan bahang di tampar oleh bapaknya masih terasa.

Berbekalkan RM 50, Romi berjaya sampai di Kuala Lumpur tapi sebelum Romi hendak pergi ke tempat kerja kawannya di Bangsar, motorsikalnya kehabisan minyak. Duit dalam tangan hanya tinggal RM 10, nak melapik perut campur minyak tidak cukup. Romi menolak motorsikalnya menuju ke sebuah stesen minyak yang tidak jauh dari situ. secara tiba-tiba sebuah motorsikal menghampirnya dan menunda ke stesen  minyak tersebut. Romi melihat perwatakan pemuda tersebut sungguh unik dan motorsikanya pun sungguh unik. Pemuda tersebut meninggalkan Romi.

Sudah 3 haari Romi berada di KL, satu kerja pun dia tidak dapat. Jaki sahabat bainya yang berkerja sebagai dispatch, memberitahu ada sebauh restorannak pakai rider. Bila Romi mendengar perkataan rider, dia terus melonjak dan menyuruh Jaki membawa ke restoran tersebut. Romi membonceng Jaki, setiba di restoran itu Romi ternampak motorsikal yang menolongnya 3 hari lepas.


p/s : ini episod pertama

Thursday, June 16, 2011

FIlem Review....Hangover 2


Salam Semua


Dalam 2 minggu lepas aku pergi ke panggung dan menonton HangOver Part 2. Mmg filem merupakan filem komedi berdasarkan kejayaan yang di lakukan pada Hangover pada tahun 2009. Tood Philips mengekalkan keseluruhan watak utama dalam sequel ini.

Filem ini bermula apabila Stu (Ed Helms) akan berkahwin dgn kekasih hatinya seorang berketurunan Thailand di Pattaya. Apabila tiba di Pattaya, Stu tidak mahau mengadakan Parti Bujang kerana bimbang akan kejadian yang lepas berlaku kembali. Tetapi Alan (Zach Galifianakis) dan Phil (Bradley Cooper) hanya mengadakan parti bujang di tepi pantai yang mana di hadiri oleh Teddy (Manson Lee) dan Doug (Justin Bartha). tetapi perkara yang hendak dielakan tetapi berlaku apa bila Stu, Alan dan Phil berada di sebuah hotel murah di Bangkok.

Bagi mengetahui apa yang berlaku pada meraka dan bagaiman mereka berada di bangkok, pelbagai pekara yang aneh dan pelik berlaku.

Filem Time Journey ini adalah satu filem yang kelakar dan mencuit hati. Tood Philips berjaya mengaitkan misteri dan komedi dengan teknik cinematography yang baik jugak lakonan layar yang terbaik.

bagi penonton yang belum menyaksikan filem saksikan lah ia tapi sebelum menonton yang kedua kena tonton yang pertama.

salam dan peace

Wednesday, June 15, 2011

lagi pasal penunggu istana

salam

ini adalah kerataan akhbar yang mana kritikan dari seorang pengkritik filem malaysia


05 Mei 2011 : Utusan Malaysia
Realiti Rekaan
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
LAKONAN lima orang pelajar dalam filem Penunggu Istana ini benar-benar terasa tulen.

PENUNGGU Istana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak.
Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka.
Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton).
Antaranya, gambar publisiti yang disiarkan di merata media menunjukkan lima pelajar beraksi di tangga Istana Billah seperti artis. Apatah lagi salah seorang daripadanya ialahSara Ali, pelakon yang sedang mencipta nama (atau mungkin ketika penggambarannya Sara belum lagi menjadi pelakon profesional?)
Barangkali penerbit/pengedar harus lebih berhati-hati dalam merancang strategi pemasaran filem seperti ini. Namun demikian, ia tidak mengurangkan keinginan saya untuk menyaksikannya. Seperti mana acuan The Blair Witch Project (1999) dan Paranormal Activity (2007), Penunggu Istana adalah sebuah mockumentary - sebuah naskhah fiksyen yang dipersembahkan dalam format dokumentari.
Harus diakui, helah Penunggu Istana berjaya pada beberapa minit pertama. 'Lakonan' lima pelajar dengan kehadiran pasukan Seekers terasa tulen. Sisi nakal dan lepas laku Sara, YayaFiraMus danAmar ditampilkan bersahaja, masing-masing dengan karakter tersendiri yang melengkapi pembinaan sebuah plot.
Beberapa shot di dalam istana berjaya membangkitkan mood seram, terutamanya shot statik hasil kamera pacak untuk merakam entiti halus. Ia membangkitkan perasaan resah secara semula jadi, sama ada lembaga akan muncul ataupun tidak. Babak-babak awal berjaya disempurnakan dengan baik.
Kewujudan sebuah bilik yang dimangga pintunya juga adalah satu helah berkesan untuk kisah rumah berpuaka dan penonton tidak semestinya diberitahu apa yang ada di dalam. Sayangnya, lima pelajar itu hanya berminat untuk merakam 'hantu' tanpa menyelidik latar sejarah Istana Billah. Saya tertarik dengan idea apabila pelajar cuba 'menipu' dengan penghasilan visual palsu untuk mendapatkan lebih markah. Ini adalah paparan realiti secara sinikal, di mana kita sebagai penonton sentiasa mahu dimomokkan dengan sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar.
Menginjak ke pertengahan sehingga ke hujung filem, beberapa aspek ketulenan mula hilang. 'Lakonan' Fira sudah nampak dibuat-buat dan babak pertelingkahan sesama mereka terasa lemah. Saya tidak dapat menangkap emosi marah bercampur takut yang sepatutnya dirasai kelima-lima pelajar tersebut. Kerana filem ini dibikin sebagai sebuah dokumentari, penonton berhak untuk mempersoalkan logiknya. Bayangkan apabila sesuatu yang benar buruk sudah berlaku (sebagai contoh, Amar tiba-tiba hilang dan kelibat seakan hantu mula kelihatan), mengapa mereka masih lagi mahu berkeliaran di situ?
Saya memahami jika Penunggu Istana sebuah cereka fiksyen. Ada sebab mereka terus berada di situ untuk dijadikan cerita. Tetapi ini dokumentari. Sepatutnya, pelajar cuba keluar dari istana dan mendapatkan bantuan. Apatah lagi pada babak awal, istana itu ditunjukkan tidak jauh dari jalan raya. Apabila babak berbunuhan ditunjukkan, saya bertambah kecewa kerana ia tidak masuk akal. Jika benar ada yang mati di Istana Billah, sudah pasti berita itu pernah disiarkan di surat khabar. Ia satu kejadian tragis, bukan sekadar kes kematian terpencil.
Filem sebegini sepatutnya ditamatkan dengan kesudahan yang lebih tergantung dan misteri sifatnya. Saya yakin penonton tidak kisah untuk 'ditipu' jika mereka memang bersedia untuk itu, tetapi iklan filem ini tidak seperti yang disarankan. Bagaimanapun, melihatnya dari sudut positif, Penunggu Istana menjadi perintis kepada subgenre filem seram tempatan yang sudah dimulakan di luar negara sejak sedekad lalu.

ok ini adalah bukti ia bukan cerita betul

Penunggu Istana karut atau betul????

Salam kepada semua.

Baru2 ni tunang aku bawak la balik satu cerita tajuk dia penunggu istana, bunyi seram habis. Tapi pada masa aku tgk cerita ni starting jer dah bikin org takut because it base on true story. anyway cerita nie di kategorikan sebagai filem dokomentari. apa yang bole kita aspek mmg tak efect2 gempak macam cerita seram lain. pengawalan cerita memberitahu tentang sikap-sikap yang ada dalam kumplan pelajar ini. Dalam filem ini juga kita akan lihat Uncle seekers dan team dia memimpin budak2 nie. punca budak2 nie kena kacau apabila dia org nie memandai nak stage penampakan dia org dalam istana tu. tapi tindakan dia org nie dah melampau hingga menyebabkan kematian dan kehilangan budak2 ni. itu serba sedikit tentang cerita nie.





Persoalan Adakah ia benar2 berlaku

untuk pengetahuan korang semua tak payah nak semak kepala cerita nie mmg cerita fiksyen sama macam cerita hollywood paranormal activities. pengarah dan cerita asal filim nie adalah hasil karya Wan Hasliza tak silap aku kalu korang nak tahu semua benda nie bukak websitw http://www.sinemamalaysia.com.my/ so korang akan tahu cerita nie betul ker tak

anyway peace out tabik kepada primeworks kerana berjaya membuat filem ini seperti realiti dan betul. tapi kepada ahli keluarga Raja Bilah harap tidak berkecil hati dgn tindakan pra pembikin filem malaysia ini. saya pun org perak yob. teman paham perasaan korang.

Friday, April 29, 2011

Kenangan

Salam, dah lama hamba x menulis blog nie. Tgh hamba asyik kerja hamba membuka mv masari real love. Asyik mendengar lagu nie teringat hamba pada bekas kekasih hamba x perlu sebut sapa. Tapi bila ingatkan balik kenapa kita org putus menyakitkan hati mungkin salah aku. Tapi itu kenangan bila dgr lagu I Do - colbie calliat syg aku pada isteriku mmg aku cintakan dia syg i love u so much

Saturday, April 16, 2011

Hehehe saja nak tulis

Lama dah x tulis blog nie. Aku skrg ada di sunway melihat kelibat anak muda sekarang yang jauh berbeza dari zaman aku remaja. Yang megah dgn gadjet masing2 seolah-olah hendak menunjuk-nunjuk pada org lain. Sebelum aku balik kerja tadi aku terbau bangkai dlm kedai nie. Aku menyuruh staf warga asing memanjat rupa2 nya sekor tikus mati terkena racun. Semalam hari cuti aku pun pegi ke bandar sentul utk buat exzos mmg cantik bunyi macam superbike hahaha.. Thanks abg Takim. Hujan x berhenti lagi perut makin lapar nak mkn x tahu apa benda nk mkn. Ok la sampai sini sahaja

Friday, March 18, 2011

Di hari cuti

salam, cuti2 hari nie ingatkan nak tidur sekali kena kemas dapur....sumbat lak dapur nie skrg kena tunggu dia kering baru leh sapu n buang sampah...tgh kemas dapur aku jumpa duit RM 10 heheheh bole beli rokok dah sanggap nie ok la aku nak gie ambik hati ku ish lambatnya dia balik lepas tu hujan lak ish

Wednesday, March 16, 2011

Menonton Wayang Di Sunway, Pavilion dan Mid Valley sambil Mkn Pepper Lunch


Setelah sekian lama aku mencari makanan Jepun yang bole di sediakan dalam 5min dan kenyang tanpa makan masa tgk wayang ini dia Pepper Lunch. Hahaha mmg betul aku tak tipu sedangkan setiap kali aku pergi menonton wayang utk buat research mesti aku makan kat situ. antara menu yang aku rekemen kan kat korang ialah pepper rice beef, rib eye steak, curry pepper rice dan banyak lagi. satu lagi untuk student dia orang ada student meal dari hari isnin hingga hari jumaat. waktunya dari 11am hingga 5 pm. so mari la kita ramai2 makan kat sana.