Thursday, June 23, 2011
Pasukan Penghantar Pizza ep 1
Romi merupakan seorang mat rempit yang bakal mengabiskan beras dan harta mak bapaknya jika dia meneruskan aktiviti merempit. Setelah menyedari tindakan anak mereka si Romi akan mengabiskan harta mereka dengan segera mereka meletakkan tanggung jawab hutang motor dan menendang Romi keluar dari rumah mereka dengan berharap Romi akan berubah. Romi meninggalkan rumahnya lalu menuju ke Kuala Lumpur, air matanya masih melekat di pipi dan bahang di tampar oleh bapaknya masih terasa.
Berbekalkan RM 50, Romi berjaya sampai di Kuala Lumpur tapi sebelum Romi hendak pergi ke tempat kerja kawannya di Bangsar, motorsikalnya kehabisan minyak. Duit dalam tangan hanya tinggal RM 10, nak melapik perut campur minyak tidak cukup. Romi menolak motorsikalnya menuju ke sebuah stesen minyak yang tidak jauh dari situ. secara tiba-tiba sebuah motorsikal menghampirnya dan menunda ke stesen minyak tersebut. Romi melihat perwatakan pemuda tersebut sungguh unik dan motorsikanya pun sungguh unik. Pemuda tersebut meninggalkan Romi.
Sudah 3 haari Romi berada di KL, satu kerja pun dia tidak dapat. Jaki sahabat bainya yang berkerja sebagai dispatch, memberitahu ada sebauh restorannak pakai rider. Bila Romi mendengar perkataan rider, dia terus melonjak dan menyuruh Jaki membawa ke restoran tersebut. Romi membonceng Jaki, setiba di restoran itu Romi ternampak motorsikal yang menolongnya 3 hari lepas.
p/s : ini episod pertama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

bila nk sambung
ReplyDelete