Powered By Blogger

Thursday, February 6, 2014

Lone Suvivor...must watch...

Sudah sekian lama x menulis blog...tahun nie aku nak mulakan dgn film review n critic.. filem Lone Survivor...directed by Peter Berg..

Permulaan film ini amat menarik kerana ia membawa penonton melihat pemilihan dan latihan yang di alami oleh US Navy Seal..sebuah pasukan elite. Filem berdasarkan buku bertajuk 'Lone Survivor' ditulis oleh Patrick Robinson berdasar cerita Marcus Luttrell. Filem ini di mulakan dgn babak akhir oleh kerana ini menunjukkan watak utama iaitu Marcus hanya seorang yg tinggal semasa operasi Red Wings berlaku.

Filem berkisarkan tentang Operasi Red Wings yang kumpulan ke 10 SEAL seramai 4 orang membuat risikkan tentang seorang ketua Taliban di Afghanistan. Permulaan operasi yg baik tetapi di sebabkan faktor geografi sistem radio mereka tidak dapat dihubungi. Kemuncak filem ini adalah apabila pasukan Marcus di temui oleh 4 orang pengembala kambing ketika mereka sedang berehat. Konflik berlaku apabila keputusan untuk membunuh tawanan itu tidak dipersetuji oleh Marcus. Mereka melepaskan tawanan dan bergerak ke arah kawasan yg lebih tinggi bagi mendapat isyarat radio. Mereka di kepung oleh Taliban sehingga 3 orang di dalam pasukan Marcus terbunuh dan Marcus cedera parah. Ketua pasukan Marcus berjaya menghubungi markas sebelum di tembak mati. Pasukan QRF dtg untuk menyelamat tetapi salah sebuah helicopter telah di tembak. Marcus telah berjaya di selamatkan oleh seorang penduduk kampung disitu dan disembunyikan sehingga pasukan penyelamat dtg menyelamatkan beliau..

Itu adalah serba sedikit sinopsis filem ini.

Filem ini menggunakan teknik cinematography yang agak baik. Filem ini banyak pergerakan oleh itu penggunaan camera banyak dibantu oleh alat2 seperti gib arm, steady cam dan lain2. Teknik pencahayaan jugak amat menarik kerana ia nampak keadaan semasa di afganistan walaupun cerita ini di rakamkan di sekitar New Mexico. Peter Berg juga di bantu oleh beberapa vetran Seal termasuk Marcus sendiri sbg penasihat ketenteraan. Dari segi pemilihan pelakon adalah agak baik.

Untuk maklumat lanjut filem ini kilik pantuan ini  http://en.m.wikipedia.org/wiki/Lone_Survivor_(film).

No comments:

Post a Comment